last check up kandungan pada 3 september 2007, doktor mencadangkan aku diinduce bagi mengelakkan komplikasi baby besar semasa bersalin nanti selain mencadangkan aku bersalin secara normal. kelahiran pertama (puteri kami nor rabiatul adawiyah) secara ceaserean keranan baby besar dan terbelit tali pusat...due kelahiran sepatutnya pada 25 september...
puteri kami berdua dilahirkan pada 25 september 2004 (2 hari sebelum ketibaan ulangtahun perkahwinan kami yang kedua)...hadiah istimewa buat suami yang tercinta...
mendengarkan usul berkenaan, aku n suami berbincang demi kebaikan diriku n kandungan. namun, suami memohon agar kemasukan ke wad dilakukan pada tengah malam nanti...ya allah, tabahkan dan selamatkanlah segalanya..
tiba sahaja di rumah, suamiku terus menunaikan solat tahajut dan istikharah memohon kepada Allah supaya semuanya berjalan dengan lancar..aku pula sambil mengemas barang berlinang airmata mengenangkan suami dan anak pertama yang akan ditinggalkan sepanjang proses bersalin nanti..debarannya tetap sama seperti debaran bersalin kali pertama...kukucup berkali-kali puteriku...Ya Allah kau peliharalah keselamatan diriku demi anak dan suamiku ini...syahdunya hati di kala itu...kuatkanlah semangatku untuk menempuhi segalanya ini...
tepat 12.00 mlm, kami suami isteri bergerak ke hospital..check in sahaja aku terus diperiksa oleh bidan bertugas..doktor juga datang memeriksa dan mula memberi ubat dan induce untuk mempercepatkan proses bersalin selain melembutkan rahim agar baby dapat keluar dengan senang...2 hari 2 malam aku ditahan di wad menanggung sakit bersalin...ini rupanya sakit bersalin...x tertanggung rasanya..pada hari ketiga doktor pakar datang membuat pemeriksaan...bukaan rahim yang terbuka 3cm telah mengecut kembali dan merunsingkannya...kata putus dan usul diberi...tengahari nanti (5 september) terpaksa membuat pembedahan memandangkan komplikasi : 1. rahim telah lembut dan ditakuti akan pecah 2. baby masih belum turun lagi 3. laluan baby sempit 4. baby besar
suamiku terdiam mendengar berita berkenaan dan dengan segera dia ke hospital selepas menguruskan anak di rumah pengasuh...sesampainya di hospital kupeluk suamiku sambil menangis..takut, risau, sedih semuanya bercampur baur..suamiku berbincang dengan doktor dan menandatangan borang kebenaran pembedahan..selepas zohor aku akan diusung ke bilik pembedahan...ya Allah, kuatkanlah hati hambamu ini....walaupun diam seribu bahasa, dari riak wajah suamiku yang tenang tercalit sedikit kebimbangan...aku redha ya Allah pada semua ketentuan ini...demi untuk suamiku ini..
dengan tenang aku diusung ke bilik pembedahan..kebanyakan doktor yang bertugas masih mengenali diriku...dan memberi kata semangat supaya bertenang dan bertawakkal...berbekalkan ayat-ayat suci dan zikir, aku menempu proses pembedahan dengan penuh debaran..tanpa disedari pembedahan telah berjaya dan doktor memaklumkan aku mendapat seorang putera pula...aku memanjatkan ucapan kesyukuran ke hadrat Allah di atas rahmatnya..keselamatan diri, anak dan anugerah yang diberi...proses pembedahan mengambil masa lebih kurang 1 jam...abang, kuhadiahkan anak lelaki ini sebagai pelengkap kehidupan kita...tiba-tiba aku rasa mengantuk yang amat..
sedar-sedar sahaja aku sudah di bilik dan suami disebelahku...diusap-usap halus rambutku..terpancar sinar kaca di matanya..mungkin mengucapkan syukur di atas keselamatan diriku dan pengorbanan melahirkan zuriatnya..nurse membawa masuk puteraku dan suamiku lantas melaungkan azan di telinga kanannya dan qamat di telinga kirinya...syahdunya nikmat dan anugerah Allah ini..akan kujaga dan kupelihara amanah ini sebaiknya...baby putera ini lahir dengan berat 3.5kg (kalau ikut tarikh due mungkin lebih berat lagi) dan sihat...pada tarikh 5 september 2007...abang, inilah hadiah ulangtahun perkahwinan kita yang ke-empat...semoga hubungan kita suami isteri akan lebih bermakna lagi di masa akandatang...
selepas ini doktor menasihatkanku agar membuat perancangan keluarga memandangkan aku hanya mempunyai 2 kali peluang untuk melahirkan...ini bagi membilehkan badanku kembali sihat, kuat dan bertenaga untuk kelahiran seterusnya...mungkin aku tiada rezeki untuk menempuh kelahiran normal...aku redha dengan ketentuanmu ya Allah...
kini baby ini dinamakan Mohamad Amirul Hakimi bin Mohamed Roselan..semakin tembam dan keletah dengan aksinya walaupun baru sebulan usianya...anak-anakku, Mama mendoakan kebahagiaan dan rahmat ke atas dirimu..semoga dipelihara Allah sentiasa dan menjadi anak yang soleh dan solelah yang taat kepada kedua orangtua...
Recent Comments